Hi,
Am trying to learn how to link to word files but still haven't got a clue. Maybe some kind soul will let me know after reading this. Anyway, this was my short story that was published recently in Memorabilia- a collection of short stories in BM. Why BM you may ask. Well, why not? If the challenge is there, am game for it! So read on and tell me what you think (don't correct my BM la..) I do apologise about the paragraphs or the lack of them rather.. Try as I might, it just wouldn't follow the original :(
PELANGI DI HUJUNG SENJA
Rahmah Hj Sayuti
(published in Memorabilia, 2008- a collection of short stories from Master Teachers in Malaysia)
“Assalamualaikum, cikgu apa khabar?,” terdengar suara ceria seorang lelaki dari belakangku. Aku yang tergopoh-gapah menuju ke kereta untuk pulang ke rumah selepas aktiviti ko-kurikulum pantas menoleh ke belakang. Di hadapan ku tercegat seorang anak muda yang berpakaian kemas dan bertubuh sederhana. Raut wajahnya tenang dan dia tersenyum penuh makna. Dia memakai sepasang kemaja biru berjalur putih dan berseluar biru gelap. Senyumnya mengingatkan aku kepada sesuatu tetapi tidak dapat ku pastikan apa. Ku kepit beg galasku dengan rapi sambil memandang anak muda tersebut, menunggu perbualan seterusnya.
“Saya minta maaf. Saya tak berapa ingat. Kita pernah berjumpa ke? aku bertanya tanpa berselindung. “Boleh saya bantu awak?,” aku menawarkan bantuan. Sebenarnya aku tidak pasti apa yang patut lakukan. Aku gagal mengingati di mana aku pernah berjumpa dengan anak muda ini. Tambahan pula hari sudah lewat petang, dan aku perlu bergegas pulang ke rumah. Mungkin dia salah seorang abang kepada pelajar di SMK Sains Johor yang telah datang melawat adiknya memandangkan hari tersebut adalah hari Sabtu. Lazimnya ibu bapa atau saudara-mara akan melawat anak atau saudara mereka dari jam 2 hingga 6 .30 petang pada hari Sabtu.
“Saya Shahrol, pelajar kelas 5 set 1. Cikgu ingat tak cikgu ajar saya Bahasa Inggeris? Batch SPM 1988 la cikgu. Saya dulu spoiler dalam kelas cikgu”, katanya beria-ia. 1988 adalah lapan belas tahun dahulu- satu jangka masa yang sangat lama. Aku terdiam seketika dan berusaha mengingati tahun tersebut. 1988 adalah tahun kedua aku mengajar setelah ditempatkan di SM Sains Kluang, Johor. Masa kan aku boleh lupa! Tahun itu aku ditugaskan mengajar tingkatan 5 Set 1. Kelas yang dianggotai 33 pelajar termasuk lima orang pelajar bukan Melayu.
“ Ya, saya ingat sekarang! Awak sama batch dengan Zulkarnain dan Yang Soo Siang kan? Tiba-tiba aku teringat nama-nama pelajar-pelajar lain di dalam kelas tersebut. Mungkin kerana mereka lebih banyak bercakap di dalam kelas jika dibandingkan dengan Shahrul yang agak pemalu dan pendiam. Shahrul pantas mengiakan dan kami bersembang seketika di tepi taman PIBG. Dia sebenarnya telah singgah ke sekolah di dalam perjalannya ke sebuah mesyuarat di Johor Bharu. Tiba-tiba dia teringin melihat sekolah lamanya. Dari kejernihan matanya aku dapat membaca dia merasa sangat teruja dan mungkin juga nostalgik apabila menapakkan kaki semula ke sekolah yang telah ditinggalkannya bertahun-tahun.
“Sekolah dah lain sangat sekarang ni ya cikgu. Makin cantik. Dulu mana ada taman-taman. Saya nampak sangat berbeza dari segi fizikal.’ Aku memberi sedikit penerangan mengenai sekolah dan dia menganggukkan kepala sekali-sekala. Wajahnya tampak puas. Shahrul juga masih mengingati guru-gurunya yang lain dan bertanya khabar mereka.
‘Kenapa awak kata awak spoiler tadi? aku lantas bertanyakan kepadanya sambil kami bergerak ke arah kereta ku.
Sambil ketawa besar, Shahrul mengingatkanku yang hanya dia seorang dalam kelas 5 Set 1 yang gagal mendapat A dalam peperiksaan SPM Bahasa Inggeris. Yang lainnya cemerlang -18 A1 dan 14 A2 kecuali dia seorang memperoleh C3. Aku tidak sangka dia mengggangap dirinya seorang ‘spoiler’ hingga kini. Aku menganggarkan dia sudah berusia sekurang-kurangnya 24 tahun sekarang. Malah menurutnya dia telah melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam jurusan farmasi dan sekarang bekerja dengan sebuah syarikat farmasi terkemuka. Dia ke Johor Bharu pun atas alasan mesyuarat staf syarikat. Ku amati anak muda ini dengan perasaan sangat bangga dengan kejayaannya dan hatiku amat tersentuh kerana dia masih mengingatiku setelah begitu lama tidak menjejakkan kaki ke SM Sains Johor. Walaupun dia mengganggap dirinya spoiler, dia telah membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seiring rakan-rakan yang lain. Shahrul mengucapkan selamat tinggal dan berharap aku akan terus menabur bakti di sekolah ini.
Aku bingkas masuk ke dalam Proton Wira ku. Deruman enjin keretaku pada petang itu memecah kesunyian kawasan sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan semua pelajar sudah pulang ke asrama. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, aku terkenang tahun 1988. Ketika itu aku hanyalah seorang guru muda yang baru setahun jagung. Seorang lulusan United Kingdom dalam bidang Linguistik dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris yang ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Seorang guru yang baru hendak mempelajari sepak terajang menjadi seorang guru. Banyak sekali pengalaman berharga yang ku kutip dalam lima tahun pertama menjadi seorang guru. Bahkan aku berpendapat lima tahun pertama kerjaya seorang guru adalah satu jangka masa yang paling penting untuk membentuk seseorang guru muda supaya mempunyai keperibadian, keyakinan dan wawasan. Dalam lima tahun pertama inilah seorang guru muda belajar ilmu dan kemahiran pengajaran secara praktikal. Ia pengalaman yang tidak boleh ditimba di universiti semasa mendapatkan ijazah pertama.
Menyelusuri Jalan Yap Tau Sah, aku terkenang bekas pelajar-pelajar 5 set 1 satu persatu- Zulkanain (the Professor), Lim Kuan Yiew (PM), Chow Lin dan Farah (Baby) adalah antara pelajar-pelajar yang pernah ku didik dan masing-masing mempunyai gelaran yang diberikan oleh rakan sekelas mereka. Di antara 33 pelajar tersebut ada seorang yang paling sukar ku lupakan. Mohd. Sabri Yassin – berambut ikal, berkulit sawo matang, bercermin mata dan agak tinggi. Seorang pelajar yang selalu dihantui masalah disiplin di sekolah dan masalah ini kadangkala terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. Pernah pada suatu pagi aku menyaksikan dia dan beberapa rakannya dijemur oleh Penolong Kanan di hadapan Dewan Makan kerana masalah merokok Terdetik juga rasa kasihan dalam hati ku kerana mereka dijemur dengan tanpa memakai baju selama beberapa jam. Walaupun mentari pagi itu seolah-olah lesu tetapi setelah menjangkau jam 12 tengahari sudah tentu sengatnya terasa! Tetapi apakan daya. Penolong Kanan pada masa itu adalah En Osman Ibrahim. Orangnya pendiam tetapi sangat digeruni oleh pelajar dan guru. Aku hanya dapat memerhatikan mereka terpacak di atas kerusi di tengah panas dengan penuh rasa kasihan.
Kali kedua aku terserempak dengannya di koridor yang menghala ke bilik Penolong Kanan 1. Dia didenda dengan diarah menyedut tiga batang rokok sekali gus!! Mungkin ini satu bentuk hukuman yang difikirkan boleh mengubah perangainya yang suka merokok itu. Entahlah. Sebagai guru baru aku tidak begitu pasti sama ada bentuk hukuman yang diterimanya itu bersesuaian atau tidak. Cuma apa yang aku sedari ialah, aku sangat mudah bersimpati dengan pelajar-pelajar ku yang dihukum untuk apa jua kesalahan.
Apabila aku melihat En Osman tiada di koridor itu, aku segera pergi ke arah Sabri dan bertanya kepadanya, “Kenapa ni Sabri? Awak merokok lagi ke?” Aku cuba menunjukkan rasa perihatin ke atas dirinya. Tetapi jawapannya sangat mengecewakan ku. Tanpa memandangku dia langsung menjawab, “Sibuk je !”. Tidak dapat ku bayangkan perasaan ku pada masa itu. Aku terdiam dan berlalu pergi. Disudut hati ini aku tertanya-tanya mengapa dia bersikap begitu? Adakah dia membenciku? Mengapa dia mempunyai hati sekeras batu? Tidakkah dia merasa gembira apabila ada seorang guru yang mengambil berat tentang dirinya? Atau mungkin perasaan malu di hukum di khalayak ramai mengatasi segala sopan-santunnya? Sehingga hari ini aku masih belum mengetahui jawapannya.
Minggu hadapannya aku ‘bertarung’ lagi dengan Sabri di dalam kelas Bahasa Inggeris.
“Kenapa tak hantar kerja penulisan Sabri? aku bertanya di dalam kelas pada suatu pagi selepas memulangkan buku latihan pelajar-pelajar lain. Kerja bertulis itu sepatutnya telah dihantar minggu sebelumnya. Malah ini bukan kali pertama Sabri berkelakuan demikian. Dia jarang sekali menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan pelbagai alasan dan sentiasa menunjukkan sikap tidak ambil peduli dan tidak menghormati guru. Sambil duduk dan memalingkan mukanya dariku dia menjawab dengan acuh tak acuh, ‘Tak siap cikgu, macamana nak hantar’.
Menyirap juga darah ku mendengar jawapan anak murid ku ini. Sudah banyak kali aku mencuba untuk mendekati pelajar ini tetapi dia nampaknya memang tidak suka didekati. Usaha-usahaku selama ini sia-sia belaka.
‘Kan saya dah beri kerja ni minggu lepas. Kawan-kawan lain boleh siap, kenapa awak tak boleh?’ aku bertanya lagi. Dia lantas menjawab, ‘Cikgu jangan lebih-lebih pulak. Saya kata tak boleh siap, tak boleh lah.. !’ Aku hampir saja menghadiahkan sebuah penampar ke pipinya sekiranya aku tidak sabar Sekiranya tamparanku singgah di pipinya pada hari itu, aku akan menjadi guru perempuan yang pertama berbuat demikian ! Syukurlah aku tidak membenarkan kemarahan menguasai diriku. Tetapi aku sedar yang aku perlu melakukan sesuatu supaya pelajar-pelajar lain tidak mengganggap diriku lemah. Maklum sahaja aku guru baru. Sabri ku arah berdiri selama satu masa dan aku meneruskan pengajaran seperti biasa. Demikianlah hari demi hari ada saja yang tidak kena dengan Sabri. Tertinggal buku di asrama, tidak menyiapkan latihan, lambat ke kelas, ponteng kelas dan macam-macam lagi. Kadangkala aku merasa begitu tertekan untuk masuk ke kelas 5 Set 1 kerana setiap kali ada saja yang berlaku. Pelajar-pelajar lain juga terkena tempiasnya apabila suasana agak tegang di antara aku dan Sabri di dalam kelas Bahasa Inggeris.
Namun sebagai seorang guru aku tidak berputus asa. Aku cuba mengenali pelajar ini secara dekat. Di pejabat sekolah, aku merujuk buku register untuk menyelidik latar belakangnya.
Ayah- Pegawai Kastam. Ibu-Surirumah.
Alamat rumah : Kuala Lumpur . Cita-cita: Peguam.
Tidak ada yang tidak kena. Segalanya normal. Di bilik guru aku mencari maklumat daripada rakan-rakan lain mengenai Sabri dan sikapnya di dalam kelas. Rata-rata semua guru mengiyakan perangainya yang buruk itu. Rupa-rupanya guru-guru lain juga menghadapi masalah yang sama dengan Sabri! Cerita yang sama- tidak menyiapkan kerja rumah, kurang ajar, tidak menghormati guru, ponteng kelas, merokok, dan bermacam-macam lagi aduan yang ku terima. Tidak ku nafikan ketika itu hatiku merasa sedikit lega kerana aku tidak lagi merasakan akulah guru yang paling dibencinya. Rupanya dia juga berkelakuan begitu terhadap guru-guru lain.
Menjelang musim sukan, aku selalu memerhatikan Sabri dari jauh apabila aku datang bertugas. Dia yang mewakili rumah Segara sangat gembira apabila berada di padang. Tingkah lakunya terus berubah menjadi ceria dan kompetitif. Bahkan dia menyumbangkan mata untuk rumahnya dalam kejohanan merentas desa dan sukantara. Dia juga merupakan orang kuat rumah Segara kerana terpilih sebagai salah seorang AJK rumah. Alangkah baiknya jika dia kompetitif juga di dalam pelajaran memandangkan peperiksaan SPM yang hanya tujuh bulan saja lagi! Aku perlu membantunya.
Satu hari aku mencuba sesuatu yang belum pernah ku cuba.
Melalui jurnal peribadinya aku menulis, “Tahniah kerana menang pingat emas acara lompat tinggi tempoh hari! Saya nampak bagaimana hebatnya awak melompat ala Fosbury Flop !”.
Selang tiga hari kemudian, aku menerima jawapan, “Betul ke cikgu? Terima kasih cikgu. Saya akan mewakili sekolah ke MSSD minggu depan.”
Hatiku seperti tidak percaya. Betulkah ini jawapan dari Sabri. Aku amati tulisannya betul-betul. Manalah tahu ada kawan-kawannya yang cuba mempermainkanku! Memang benar itu tulisannya. Sejak itu aku selalu berkomunikasi dengan Sabri melalui jurnalnya. Topik kami berkisar dari sukan kepada motivasi. Melalui jurnalnya, aku selalu memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya berusaha lebih kuat dan mengurangkan masalah disiplin. Aku tidak pernah menyangka dapat memecahkan tembok komunikasi dengan pelajar ini melalui jurnal peribadinya. Jurnal peribadi adalah sesuatu yang ku wajibkan kepada pelajar-pelajarku untuk meningkatkan penulisan dan ekspresi di dalam Bahasa Inggeris. Semua pelajarku diwajibkan menulis jurnal setiap hari dalam Bahasa Inggeris mengenai apa saja. Kadangkala jurnal ini menjadi tempat mereka mencurahkan hati tentang masalah peribadi atau masalah di rumah. Maklum saja mereka adalah pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh yang berjauhan dengan ahli keluarga. Oleh itu pelajar-pelajarku boleh meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka. Apa yang penting bagiku ialah penulisan yang berterusan di dalam Bahasa Inggeris sudah tentu akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa mereka.
Menjelang musim peperiksaan, aku melihat perubahan yang ketara dalam diri Sabri. Anak muda ini telah menunjukkan peningkatan di dalam Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain. Dia lebih fokus dan lebih serius. Menyiapkan kerja rumah bukan lagi satu masalah.
Sebulan sebelum peperiksaan SPM yang sebenar, aku mencabarnya di dalam jurnalnya, ‘If you get A1 in English for SPM, I will pour tomato sauce on my shoes!”. Dia tidak memberikan sebarang respon. Mungkin dia juga risau akan peperiksaan yang hampir tiba.
Bulan April 1989, keputusan peperiksaan SPM di umumkan.
“Tahniah Pn Rahmah,Bahasa Inggeris ada 52 A!” Tn Hj Abu Naim, pengetuaku mengucapkan tahniah sebaik masuk ke bilik guru. Aku terpinga-pinga seketika kerana sedang meneliti akhbar di sofa bilik guru.
“Saya rasa ini keputusan terbaik yang kita pernah terima. Tahniah!” sambungnya lagi.
“Terima kasih tuan haji,” aku lantas menjawab. Sejujurnya, sebagai guru yang baru setahun lapan bulan bertugas aku kurang memahami implikasi keputusan peperiksaan kepada sekolah. Aku hanya menjalankan tugas mengajar dan tidak pernah terfikir apakah kesannya kepada prestasi sekolah. Tiba-tiba aku teringatkan Sabri. Apakah keputusan yang dia dapat? Aku bingkas bangun dan meminjam keputusan peperiksaan daripada setiausaha peperiksaan. Syukur Alhamdulillah, dia mendapat A1 dalam Bahasa Inggeris dan dia juga mendapat kredit yang baik untuk semua mata pelajarannya yang lain. Setelah ku analisa sepenuhnya, kelas 5 Set 1 memperoleh 18 A1, 14 A2 dan 1 C3 dan secara langsung menyumbang 32 A untuk sekolah. Aku tersenyum gembira.
Dua minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan, aku mengadakan jamuan kesyukuran dengan menjemput semua pelajar-pelajar 5 Set 1. Menunya nasi beriani istimewa Pak Mat, jiran sebelah rumahku. Sabtu itu, the professor, Baby, PM, Ali, Yang Soo Siang kesemuanya datang dengan menaiki bas Gunung Lambak dari stesen bas Kluang. Mereka datang dari Yong Peng, Batu Pahat, Segamat, Mersing maklum sajalah peajar-pelajar sekolah berasrama penuh. Bas awam biru putih itu berhenti betul-betul di hadapan rumah ku. Aku memerhatikan satu persatu pelajar-pelajarku dimuntahkan keluar dari perut bas. Tetapi aku tidak nampak Sabri, pelajar nakal yang dulunya selalu memberikanku masalah. Hati kecilku agak sedih.
‘Mungkin dia tinggal di Kuala Lumpur dan agak jauh untuknya datang,’ aku cuba menyedapkan hatiku.
Ku jemput semua pelajar menikmati hidangan yang disediakan. Mereka semua kelihatan ceria dan gembira sekali. Masing-masing dengan cerita mereka. Tiba-tiba, Sabri muncul di muka pintu dengan sebotol sos tomato!
“Teacher, can I pour tomato sauce on your shoes now?” katanya sambil tersenyum nakal. Semua pelajar-pelajar lain ketawa terbahak-bahak! Mereka seolah-olah faham maksud di sebalik kata-kata Sabri itu. Aku terkedu seketika kerana cabaranku di dalam jurnalnya tempohari memakan diriku sendiri! Rupa-rupanya dia bersembunyi di sebalik bas sehingga semua rakan-rakannya telah masuk ke rumah. Apakah yang patut ku buat sekarang?
Melihatkan keadaanku yang terperanjat, dia lantas tersenyum dan memberikan botol sos tomato itu kepada ku dan berkata, “Terima kasih cikgu, terima kasih atas segalanya!” Aku hanya mampu mengukir senyuman.
Boom!! Tiba-tiba tayar kereta yang ku pandu terlanggar sesuatu yang agak besar. Hentakannya yang agak kuat memotong pendek lamunanku. Aku memberhentikan kereta dan segera keluar untuk melihat apa yang telah ku langgar. Nasib baik ia hanyalah seketul batu-bata. Jika tidak, terpaksalah aku menerangkan dengan panjang lebar kepada suamiku yang pasti marah jika sesuatu berlaku kepada keretaku. Petang itu aku tiba di rumah pada pukul 6.45. Sedang aku keluar dari kereta, aku ternampak pelangi yang indah di langit senja. Aku teringatkan Sabri. Mungkin inilah pelangi di hujung senja yang telah muncul dalam hidup pelajarku yang bernama Sabri.

whoaa~
ReplyDeleteso much better than my bm essay!
huhu.
btw, wht u mean by 'link to word files..'?
is it like a link that anybody can click n it?
if it so, u need to upload the file 1st to website (eg: esnips, 4shared0, n there'll be a link for that file.
hi,
ReplyDeleteso ihave to upload first eh? think i know how to do that. i've looked at keep and share and 4 shared. tx. what i'd really like is for visitors to just click on alink and get to the word file hehe asking for the moon!! have anice day!
yup!
ReplyDeletehi.. this is yang soo siang.. hi Pn Rahmah :) fyi.. sabri IS a lawyer now. i am really, really tempted to continue your short story... hahaha
ReplyDeletehi soo siang,
ReplyDeletehehe. how are you? how did u find my blog? care to email me so i can get in touch via email? really nice to hear from u. btw don't believe everything you read :)
hye puan rahmah.
ReplyDeletegood blog la.
hehe.
u had defeated me.
i'm quite bute it.
hahaha.
sdey2.
'neway keep in touch k.
hehe
hi che mat,
ReplyDeleteso u finally did it too. my blog is very simple. i like to keep it that way. tried to change the template but nearly lost everything. keep in touch an tx for still remembering your teacher :)
sinusha...
ReplyDeletehi, teacher. How are you? I miss you my dear teacher. Do you still remember your X-student? Teacher, I am so proud to have a teacher like you. Your blog is really fantastic. All your tips for teachers were very impressive. I love you teacher...
hi sinusha,
ReplyDeletem great thanks. sorry for the late reply. hope ur doing great girl. are u in stk now? keep in touch :)
hi,teacher.
ReplyDeleteYeah, I am at STK now. How u teacher? Hope u are fine. Teacher, may I know ur email id please. It will make our3 conversation more easier. Eva, Heswarya, Dharchini, Jia min, Siew teng,I and many more SMKCC stiudents are studying in STK nw.We miss u a lot teacher.
(ur email id pls).
From: Sinusha